PROGRAM DIPLOMA USAHASAMA UiTM

Program Usahasama UiTM ini memberi peluang kepada warga Bumiputera yang tidak mendapat tempat di Universiti Awam untuk meneruskan pengajian di peringkat Diploma UiTM disebabkan persaingan untuk mendapatkan tempat di UiTM yang tinggi. Kolej SATT juga satu-satunya kolej yang menjalankan program usahasama UiTM di Sarawak. Kepada calon-calon yang tidak mendapat tempat di UiTM, jangan berputus asa kerana anda masih dapat memohon terus ke Kolej SATT untuk meneruskan pengajian ke peringkat Diploma.

Melalui program ini, pelajar akan menggunakan silibus pembelajaran dan sistem peperiksaan yang sama seperti di UiTM dengan tenaga pengajar di Kolej-kolej Bersekutu UiTM juga terdiri daripada mereka yang berkelayakan dan mendapat latihan daripada UiTM. Bakal graduan juga akan berkonvo di kampus UiTM dengan skrol diploma yang diberikan oleh UiTM sendiri. Pihak UiTM juga akan mengadakan mengadakan Audit Kualiti Tahunan di semua KKB UiTM bagi menilai prestasi setiap kolej. 

Kelebihan besar bagi pelajar yang memohon ke program adalah pelajar dari kategori B40 layak untuk mendapatkan Insentif Pendidikan 100% dari yuran pengajian. Ini bermaksud, pelajar hanya perlu membayar yuran pendaftaran sahaja sepanjang pengajian mereka di Kolej SATT. Manfaat ini hanyalah boleh dinikmati pelajar-pelajar Program Pra/Diploma Usahasama UiTM di Kolej SATT sahaja. Pecahan bayaran adalah seperti berikut;

1. Diploma Usahasama UiTM dalam Pengurusan Hotel: 

  • Yuran Pendaftaran: RM950
  • Yuran Pengajian: Percuma (Ditanggung di bawah Insentif Pendidikan 100%)
2. Diploma Usahasama UiTM dalam Pengurusan Pelancongan
  • Yuran Pendaftaran: RM470 
  • Yuran Pengajian: Percuma (Ditanggung di bawah Insentif) Pendidikan 100%

3. Pra-diploma Usahasama UiTM dalam Perdagangan

  • Yuran Pendaftaran: RM150
  • Yurang Pengajian: Percuma (Ditanggung di bawah Insentif Pendidikan)

Insentif ini diwujudkan bagi membantu pelajar yang berkeinginan untuk melanjutkan pengajian sekaligus mengurangkan beban ibubapa mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Para pelajar digalakkan untuk memohon secepat mungkin kerana slot bagi insentif yang ditawarkan adalah terhad.

 

Untuk maklumat lanjut dan memohon, sila layari https://iis-iceps.uitm.edu.my/register/

Atau, muat turun Langkah-langkah permohonan ke Program Usahasama Kolej Bersekutu UiTM di Kolej SATT.