KEMUDAHAN PINJAMAN PENDIDIKAN

Kolej SATT menyediakan pelbagai kemudahan bantuan pinjaman kepada pelajar yang layak.

SENARAI KEMUDAHAN PINJAMAN

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

Terbuka kepada semua pelajar diploma Kolej SATT mengikut kategori pendapatan isi rumah.

Yayasan Sarawak

Pinjaman Yayasan Sarawak hanya disediakan khas kepada anak negeri Sarawak sahaja. program yang layak adalah Diploma Usahasama UiTM, Sijil Seni Kulinari Tahap 2, dan Sijil Pemandu Pelancong Khas Wilayah Tahap 3.

Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran

Terbuka kepada pelajar Sijil Kemahiran Malaysia. Pelajar boleh memilih elaun di antara RM400/bulan atau RM600/bulan, atau, elaun pembelian laptop, atau, pengangkutan dari kampung ke kampus.

Insentif Pendidikan Kolej-kolej Bersekutu UiTM-iCEPS

Pelajar dari keluarga kategori B40 layak mendapatkan insentif sebanyak 100% bagi tahun semasa dengan pelajar yang layak hanya perlu membayar sejumlah wang untuk pendaftaran kursus pengajian sahaja.

Baitulmal Sarawak

Ditawarkan khas kepada pelajar Muslim sahaja dengan bantuan akan diberikan secara One-Off kepada pelajar. Permohonan hendaklah dibuat terus ke pejabat Baitulamal Sarawak.

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan kewangan yang disediakan bagi setiap kursus, klik DISINI