Program Perarakan dan Pertandingan Sepanduk bersempenaan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak telah menyaksikan pernyertaan dari warga Kolej SATT yang terdiri dari para pelajar, tenaga pengajar dan pengurusan Kolej SATT di Padang Merdeka pada 9 November 2019 yang lepas. Program yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak juga menyaksikan penyertaan dari pelbagai institusi pada program tersebut.