danasiswa

kolej satt

Panduan penganugerahan DANASISWA KOLEJ SATT

DanaSiswa Kolej SATT adalah satu dana yang disediakan untuk memberi kemudahan pendidikan kepada calon yang memenuhi kriteria permohonan. Dana ini khas untuk pelajar Diploma Pengajian Perniagaan Kolej SATT sahaja. DanaSiswa ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan pelajar sekaligus menghasilkan graduan yang mempunyai kelayakan dan keinginan untuk berjaya.

Kriteria Penganugerahan

DanaSiswa Kolej SATT adalah satu dana yang disediakan untuk memberi kemudahan pendidikan kepada calon yang memenuhi kriteria permohonan. Dana ini khas untuk pelajar Diploma Pengajian Perniagaan Kolej SATT sahaja. DanaSiswa ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan pelajar sekaligus menghasilkan graduan yang mempunyai kelayakan dan keinginan untuk berjaya. Pelajar hanya perlu membayar sejumlah yuran pendaftaran setiap semester dan yuran pengajian akan ditanggunng sepenuhnya oleh Kolej SATT melalui program DanaSiswa.


Pelajar yang layak juga boleh memilih untuk memohon pembiayaan pinjaman dari PTPTN untuk menampung kos sara hidup yang lain sepanjang pengajian di Kolej SATT dengan jumlah maksimum RM17, 000.

 

Kriteria penganugerahan DANASISWA

 

1.     Calon adalah dari keluarga dalam kategori B40. Iaitu isi keluarga yang mempunyai pendapatan sebanyak RM3,500 ke bawah. DanaSiswa ini terhad kepada seorang ahli keluarga dari keluarga yang sama. Calon mestilah mengemukakan dokumen-dokumen  seperti yang berikut:

a)      Surat Kementerian Kewangan “Kelulusan Mendapat Bantuan Sara Hidup” atau,

b)      Slip gaji ibu/bapa/penjaga yang disahkan,

c)      Bil elektrik atau air, atau dokumen lain yang boleh mengesahkan alamat tempat tinggal.

 

2.      Keputusan akademik (SPM/SPMV/STPM).

a)      Kolej SATT akan memilih calon yang memenuhi syarat-syarat yang tertinggi bagi program yang ditawarkan.

 

3.      Pengalaman bekerja.

a)      Pihak Kolej SATT juga akan memberi keutamaan kepada calon yang mempunyai pengalaman kerja / kerja sementara / berniaga / membantu perniagaan keluarga DAN mempunyai dokumen sokongan untuk kriteria tersebut.

 

4.      Aktiviti ko-kurikulum sekolah.

a)      Persatuan beruniform atau

b)      Kelab social/aktiviti/kemahiran yang berkenaan atau

c)      Kelab/Persatuan sukan

 

5.      Lulus sesi temuduga.

a)      Sekiranya jumlah calon yang ada melebihi kuota, maka sesi temuduga akan diadakan.

b)    Sesi temuduga ini adalah untuk memastikan DanaSiswa ini diberikan kepada calon yang layak di mana penilaian peribadi, latar belakang dan sahsiah calon akan diambilkira.

Pihak Kolej SATT mempunyai hak untuk menolak dan menerima calon seperti kriteria di atas atau perkara-perkara lain yang mempunyai kaitan dengannya termasuk syarat kelayakan umum Kolej SATT serta memenuhi keperluan pemeriksaan kesihatan, tiada rekod jenayah, pecah amanah atau mana-mana perkara yang boleh meyebabkan pembatalan pembiayaan. Jika anda perlukan maklumat lanjut, sila hubungi kami di talian 082-234581.